Tuesday, January 24, 2012

Perhimpunan keluarga Keturunan ke 7,8,9 dan 10


siapa sangka? aku pun tak sangka aku dari keturunan mereka yang disegani. selepas tahu serba sedikit mengenai keluarga besar ni, tak sangka aku dalam kalangan mereka-mereka yang tinggi pelajarannya, terpelihara akhlaknya dan juga elok paras rupanya.

dan rata-rata yang hadir kebanyakannya bertudung labuh, ada yang berpurdah dan honestly, terasa diriku ini kerdil dan penuh kekurangan.

dalam tayangan video salasilah keturunan tu, ni kali pertama aku tahu cerita mengenai kisah Tok Raja Haji; bagaimana kisah seorang wali Allah yang dilanda ombak di lautan dalam perjalanan ke Tanah Suci Mekah. dan bagaimana juga beliau hidup bersama hidupan laut dan akhirnya selamat sampai di daratan. 'siapa yang sayang Allah, nescaya Allah akan sayang padanya.'

Aku adalah keturunan ke-9 dari keturunan Tok Raja Haji.

cerita ini telah diturunkan dari keturunan ke keturunan sehinggalah generasi kami hari ini. dan honestly, kisah yang diceritakan ni buat aku berfikir panjang. dalam hatiku terdetik 'Alhamdulillah, aku dalam kalangan orang yang terpelihara. keturunanku keturunan yang mulia. semoga aku memelihara nama baik ni'


p/s: Alfatihah buat arwah tokki dan tok nyang. Amin.

0 comments: