nama sahaja parti buih, tapi sebenarnya takde buih yang terlibat pun, dan takde perkara haram yang berlaku. dan yang paling pasti, tiada tarian tiang dipersembahkan.haha
pada asalnya, kitorang rancang nak dinner sama-sama je. macam biasa, date seminggu sekali. lepak-lepak dan borak pasal aktiviti masing-masing. tapi lepas makan tu, ada la seorang manusia ni yang berkias mengenai 'parti'. dan tak sangka akhirnya perkara tu disambut positif oleh semua orang....jeng jeng jengg... maka, dengan penuh kesedaran akhirnya kitorang pun sampai di tempat kejadian.hehe

segalanya berlaku secara spontan dan bersahaja. sesungguhnya ini bukan kali pertama bagi setiap kami. ini mungkin kali kedua, atau kali yang dah banyak kali bagi setiap kami. tapi yang pasti, ni kali pertama kami berlima bersama untuk aktiviti ini. walaupun first time, tapi keserasian tu jelas terbukti. semua orang happy dan tak banyak songeh. well, lagipun kita semua ni adik beradik yang dipilih, kan? hehe
semua ok aje. dimulakan dengan Someone Like You dan berakhir dengan Mama Mia, ia sesungguhnya memori 2 jam yang sangat menyeronokkan! (sebenarnya jam yang kedua itu tidak dirancang pun). tapi berbaloi, sebab ia nyata menjadi memori terindah!
dan kini, walaupun dah seminggu berlalu, tiap kali lagu Bulan Cinta di nyanyi nyanyi oleh one of us, kitorang akan saling berpandangan dan sengeh-sengeh. ada yang malu simpul-simpul, ada yang gelak besar teringat peristiwa lucu. 'masa tu semua 'mabuk', katanya.haha. dengan hidangan 6 ketul donat Big Apple, apa yang berlaku biarlah jadi rahsia antara kita. :p
ibarat lirik lagu nasyid kumpulan Raihan, 'berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah. hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah'. well, tanya lah diri sendiri. bukan tak boleh, tapi biarlah kena pada cara dan tempatnya.okey? *senyum untuk semua
siri 1. yup, sebab aku yakin lepas ni akan ada lagi siri 2 dan seterusnya.hehe.
p/s: semakin hari semakin sayang. yup, untuk kamu semua (yang pastinya tahu siapa yang dimaksudkan)
0 comments:
Post a Comment