Tuesday, January 24, 2012

memori kekal


tengah duk belek-belek gambar lama ni, banyak rupanya benda-benda yang aku dah tak mahu ingat. i mean, benda-benda yang buat aku sedih ke, sakit hati, tak suka dan sebagainya. yelah, gambar tu ibarat satu memori kekal. biasanya aku simpan je gambar-gambar ni. tapi kali ini, tanpa fikir panjang, aku delete. delete semua memori yang aku tidak mahu ingat, yang ada dalam laptop yang dah umur nak masuk 5 tahun ni.


yup, selagi masih dalam simpanan, tak mustahil aku akan teringat peristiwa yang kadang-kadang menyakitkan hati itu. bukan aku sorang je yang sakit. tapi mungkin jugak dia, mungkin juga yang lain-lain di sekeliling pun sakit juga. tak mustahil. sebab semua manusia pun sama, punya perasaan.


dan seandainya boleh untuk aku hilangkan memori dalam kepala, boleh pilih-pilih, macam yang Dumbledore dalam Harry Potter cabut rambut dia sehelai untuk satu memori (bayangkan, kalu rambut lebat mesti banyak memori! haha) aku rasa aku buat kot! *.*

tapi, of courselah mustahil. sebab aku manusia biasa. aku bukan ahli sihir. takde tongkat sakti, takde penyapu ajaib. cuma manusia biasa. yang perlu berusaha untuk kesenangan diri, untuk keperluan hariannya.



tapi xpe, aku bersyukur. bersyukur sebab aku ada ingatan, ada pengalaman, ada memori! sebab untuk memori-memori yang ada ni, aku manfaatkan. sekurang-kurangnya aku cuba. memori ni adalah peringatan buat aku. supaya aku tidak lupa dan tak ulang segala kesilapan lalu. dan juga supaya aku meneladani segala tindak tanduk yang salah pernah aku lakukan.

aku manusia, membesar melalui pengalaman yang terbit dari memori silam yang tidak akan padam dari ingatan. pengalaman yang mendewasakan dan mematangkan seorang gadis yang berusia 23 tahun 6 bulan ini.


betul, kalau memori ni hilang, aku akan lupa pada segala benda benda bodoh yang pernah aku buat dulu. dan tak mustahil aku akan menyakitkan hati orang lain lagi. dan akhirnya akan sebabkan aku sendiri yang terluka akibat menyakiti orang lain itu. sakit, tahu?

manusia takkan lari dari kesilapan dan kekhilafan. semoga kita ingat di mana kita.


p/s: jari tengah masih bengkak dan sakit. kata doktor, cara ini radikal tapi berkesan untuk bengkak urat seperti ini. ambil jarum dan cucuk di bahagian yang bengkak beberapa kali. ibaratnya seperti akupunktur. jangan sampai luka, tapi buat perlahan-lahan. sekadar rasa tajamnya itu. leceh, tapi aku suka. :)

0 comments: