gambar di atas adalah gambaran suasana di pameran buku UMT yang bertempat di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT pada hari ni. Pameran bermula pada 10 Januari sehingga 12 Januari sahaja dan tarikan utamanya ialah 'BOUCER BOLEH DIGUNAKAN'.hehe.
pameran ni diadakan bersempena menyahut pemberian kerajaan iaitu boucer buku sebanyak RM200 bagi seorang pelajar. jadi kedai-kedai buku terpilih datang sini buat pameran dan jualan. bukan sahaja buku-buku pelajaran, tapi ada juga buku-buku agama, ensaiklopedia, buku motivasi, novel Melayu, novel Inggeris, novel kanak-kanak, alat tulis dan sebagainya. majalah pun ada. meriah jugak laa library 2,3 hari ni. dan para peniaga pun friendly siap ada student datang request 'nak buku ni, buku tu. kalau tak ada, esok saya datang ambil, boleh?'.
boucer buku ni pun dah jadi macam satu isu hangat sekarang. tiba-tiba semua orang membeli buku dan semua orang akan MEMBACA BUKU! tak kisahlah buku apa-apa pun. yang penting, dengan adanya boucer ni, semua orang akan beli buku. dan tak semena-mena, kedai buku tiba-tiba meningkat pendapatannya. bayangkan, seorang pelajar dapat RM200. didarab dengan jumlah pelajar di UMT contohnya lebih kurang 5000 (ni contoh, tak tahu nilai sebenar.huhu). RM200 x 5000 = RM1 000 000!!! banyak tuuuuuuuuuuu. baru satu universiti. di Malaysia ada brapa universiti?? dan pelajar pula berapa ramai?? bayangkannnnnnnn............. *.* dan semestinya setiap pelajar akan menghabiskan boucer tersebut, kalau tak guna, rugi la kann...
p/s: tadi ada seorang junior comel nak belikan saya buku. dia suruh saya pilih. tapi saya cakap,'takpelah kamu pilih je yang mana2, kemudian tandatangan dan bagi kat saya sebagai hadiah'. hehhehe. baiknya kamuuuuu.... :)
jadi kepada sesiapa yang lain yang mahu belikan saya buku, anda dialu-alukan.
2 comments:
xmo belikan..tp mahu d belikan.. =p
hahahaha. boucer aku dah habis dah fadh... kalu ko ckp awal2 bleh bg kat ko satu. :p
Post a Comment