Thursday, December 8, 2011

mat kool, mat kool kawanku!

hari ni, kitorang pergi lunch di hostel. kebetulan masa nak balik tu, ada Pak Cik Aiskrim Nestle (sebab dia bawa lori Nestle) datang hantar aiskrim. Aiskrim tu dia susun bertingkat2 kat tepi peti aiskrim. Then aku pun tetiba ringan mulut bertanya....

Me: Pak Cik, aiskrim ni sekotak berapa? (tak sure berapa liter sekotak, tp setiap kotak satu perisa je la. yg ni yang selalu orang jual kalau yang scoop tu)

Pak Cik: Rm29.... lebih kurang la... Jap (pastu dia tengok buku resit dia) Owhh... RM24.90. (sambil tunjuk resit tu kat aku)

Me: Ohhh murahnya! berbaloi kalau beli ni.

Pak Cik: betul. awak boleh dapat untung satu kali ganda.

Me: wahhh...kalau saya nak beli lain kali, macamana nak contact pak cik yer? (sambil tunjuk muka berminat. sambil2 tu kitorang jalan pergi kat lori dia. kebetulan kereta park kat dekat dengan lori tu)

Pak Cik: (sambil tengok aku) awak nak berapa?

Me: tak nak beli sekarang. tapi, lain kalai kalau ada event ke..

Pak Cik: saya datang sini seminggu sekali.

Me: tiap2 Khamis ke?

Pak Cik: tak. hari Rabu selalunya...

Me: ohhh... ok2. nanti kalau saya nk order, saya cari pak cik. terima kasih... :) (pastu aku terus g kat kereta. pak cik tu g kat lori dia)



...
baru je nak masuk dalam keta, tetiba dengar orang panggil....


Pak Cik: dik! dik!

Me: ye? (sambil toleh kat Pak Cik tu)

Pak Cik: meh ambil ni... (sambil hulurkan aiskrim kat aku!)

Me: .....(dengan penuh rasa tak malu, aku berlari2 anak mendapatkan aiskrim yang dihulurkan pak cik tu!) dalam hati...*rejeki...rejeki...

Pak Cik: berapa orang sume?

Me: kitorang bertiga je

Pak Cik: nah. ambil lah ni. (sambil bagi 4 batang aiskrim!)

Me: wahhhh... terima kasih Pak Cik!! *senyum lebar tak hengattt...haha


berlari2 balik pergi kat kereta sambil senyum sengeh simpul2..haha. satu bagi Kak Jah, satu bagi kat Kak Mai, lagi 2 aku makan! hahahaha. Alhamdulillah~~~~

first time makan aiskrim ni...

menarik kan? macam pisang. yang kat luar tu jeli je. tapi perisa anggur. krim kat dalam tu perisa vanilla. nothing taste like banana! hahaha

sedap2!! especially sebab aiskrim tu freee......... ;)

p/s: semoga Pak Cik murah rezeki.....nanti saya datang tanya lagi...heheh :p

2 comments:

TiA said...

dtg tnye je tu...tp eskem tu pelik..hehe

rabeah fadzil said...

huh!! mengelat..hahaha benci laaa..