sebagai seorang manusia normal, kita memang tak boleh nak baca fikiran orang lain. dan semestinya kita tak tahu apa yang orang lain fikir. kita berkawan dengan dia lama dah. dan kita memang suka giler yang teramat dekat dia! for you, dia adalah kawan baik yang paling baik pernah kau ada! dan dia juga adalah kawan yang paling kau sayang setakat ni. ok. itu adalah apa yang kau rasakan bagi pihak diri sendiri.
tapi, pernah tak terfikir apa yang dia fikir pasal kita? adakah dia pun anggap kita kawan baik yang paling baik gak? atau seseorang yang boleh dipercayai? macam kita percaya kat dia?
what if kalau sebenarnya dia tu cover-cover je? mungkin sebab rasa kesian, or mungkin tengah boring sorang-sorang so dia pun berbaik-baik ngan kau. atau sebab dia takde teman nak pergi Secret Recipe or drive-thru McD, dia ajak kau. sebab dia takmau makan sorang2. or mungkin dia tak berani nak jumpa lecturer sorang2, dia ajak kau temankan. mungkin juga sebab dia tak nak bersusah-payah sorang2, dia nak susahkan kau jugak. atau hakikat sebenarnya, dia mmg tak suka?? tapi, TERPAKSA.

hmmmmm....semua benda ni kita tak boleh nak jangka. orang selalu cakap 'action speaks louder than words'. tapi kalau fikir balik, kita boleh je FAKE kan? maksudnya buat-buat happy bila bersama. or buat-buat seronok dan rela teman pergi situ sana sini. padahal lepas tu kau merungut macam-macam kepada kawan lain yang sebenar2 kawan yang kau betul betul baik tu..wowww... jangan tak percaya, ada je golongan ni. dan mungkin salah seorangnya adalah kita (tanpa sedar or sedar)
kita semua manusia. dan bila melibatkan hubungan sesama manusia ni, memang complicated. mesti akan ada yang menitik air mata sebab kecik ati or bengang dan marah dengan kawan. terutamanya perempuan la, macam aku. perempuan ni banyak hormon. hormon stabil, hormon tak stabil. macam-macam ada.
hubungan. ada pula jenis yang terikat dengan someone yang tak tau nak escape macam mana. entah macamana tetiba terikat. terperangkap dengan sesuatu yang tak dijangka. susah, kan?
beberapa hari lepas, masa tengah berbual-bual dengan seorang kawan ni, tetiba dia cakap.....
'ye laa....KAWAN BAIK mesti nak share semua benda. macam KAU dan AKU laa...'
nak tahu kenapa aku besarkan perkataan 'kawan baik' dan 'kau dan aku' tu? sebab, aku suka! hahaha. itu adalah satu bukti 'acknowledgement' atau sebagai pengiktirafan atas perhubungan yang sedang terjalin itu. korang suka tak bila ada orang iktiraf kau ni kawan baik dia? mestilah suka, kan?
well, for me itu adalah satu kebanggaan dan pencapaian. bukan apa, sebab ia menggambarkan betapa kamu dan dia sama-sama selesa dengan hubungan itu. plus, bukannya kau sorang yang duk syok sendiri. hubungan tu berlaku di antara kedua-dua belah pihak. ada give and take. kalau dalam hubungan percintaan, maksudnya macam takde orang yang bertepuk sebelah tangan la.
pernah juga time aku tengah borak2 dengan 2 orang junior kos lain. kitorang agak rapat la... tengah duk bergurau2 tu, tetiba sorang cakap...
'bertuahnya ada adik beradik macam korang ni!'
terkedu. tapi tetiba aku happy! boleh tak? haha. mungkin bagi sesetengah orang benda macam ni biasa berlaku. tapi, apa yang orang cakap tu...ko boleh tau kan samaada dia ikhlas atau buat2 je kan? bila dia ikhlas, maksudnya dia menerima kita seadanya.
dan apabila orang menerima dan selesa dengan kita, terbukti bahawa sebenarnya kau ni sedang BERKELAKUAN BAIK. mungkin pada anggapan pihak lain, 'dia baik?? dengan aku tak pun.' hmmm...apabila perkara ni tiba tiba timbul, cuba fikir sekejap. siapa yang tak suka siapa, dan siapa yang tak baik dengan siapa. salah kau? atau salah dia? kena fikir laa.....
dan dengan hanya dengar cakap-cakap orang sahaja, kita tak boleh terus menilai buruk dan baik orang itu. ini tidak adil.kita tak boleh nak nilai seseorang tu sesuka hati. mana layak kita sebagai manusia nak judge orang itu ini. sebab kita bukan Nabi; bersifat maksum.

prinsip aku senang je. jangan cari masalah dengan orang. jadi, orang takkan buat masalah dengan kita. kenal dulu, baru tahu. selagi tiada masalah, jangan cari masalah. tapi kalau dan mula ada masalah, jangan tambahkan. kalau betul-betul dia buat masalah dengan kau, tinggalkan.
kalau dah ada luka tu, mestilah ada parut. aku ni ada masalah parut lambat hilang. so, jangan bagi luka. dan aku harap, aku takde lukakan orang dulu. (melainkan kalau orang tu lukakan aku, aku akan lukakan dia balik.sorrylah, dah jadi tabiat)
okey. pandai-pandailah pilih kawan. dan jangan perasan sorang-sorang. kita kena alert dengan sekeliling. aku pernah terkena, dan aku yakin, ada antara kamu semua pun pernah kena macam aku.haha. peace no war *wink wink
0 comments:
Post a Comment