Thursday, August 27, 2009

Simptom penyakit hipotiroidisme (tiroid kurang aktif)

-->Keadaan tirod kurang aktif berlaku apabila kelenjar tiroid berhenti menghasilkan hormone tiroid T3 dan T4 yang mencukupi. Hipotiroidisme tidak berlaku sekelip mata tetapi secara perlahan-lahan selama beberapa bulan. Jika anda mengalami simptom-simptom penyakit ini, anda akan menjalani ujian darah dan sekiranya keputusan menunjukkan paras T4 yang rendah dan paras TSH yang tinggi, ini mengesahkan anda mengalami hipotiroidisme.

Link [ gangguan tiroid ]

Simptom-simptom hipotiroidisme
Pertambahan berat badan
Kebanyakan pesakit m
engalami pertambahan berat badan dari lima hinggá sepuluh kilogram walaupun selera makan adalah normal ataupun berkurang daripada biasa.

Sensitif kepada keadaan sejuk

Pesakit akan berasa sejuk yang teramat sangat dan cenderung untuk memakai beberapa lapisan pakaian dan lebih gemar berada di kawasan haba. Otot juga akan menjadi keras dan akan mengalami kekejangan otot apabila anda bergerak secara tiba-tiba terutamanya dalam keadaan
sejuk.

Masalah mental
Pesakit akan berasa
letih dan mengantuk serta lemah dalam berfikir. Tindak balas akan menjadi semakin perlahan dan bagi pesakit yang lebih berumur, mungkin disalah anggap dementia manakala sesetengah pesakit mengalami tekanan dan paranoia (penyakit saraf) yang merupakan asas kegilaan miksoedema (myxoedema madness).

Pertuturan tidak jelas
Suara akan menjadi perlahan dan serak serta pertuturan menjadi tidak jelas


Masal
ah jantung
Berbeza dengan pesakit kelenjar lampau aktif, denyutan nadi menjadi perlahan iaitu sekitar 60 denyutan seminit. Pesakit juga mungkin akan mengalami darah tinggi dan pesakit yang lebih berumur, mungkin berpotensi untk menghadapi risiko ke
gagalan jantun. Angin aboleh menjadi simptom pertama hipotiroidisme.

Sembelit
Disebabkan oleh keseluruhan proses badan menjadi perlahan, maka masalah sembelit mngkin akan berlaku.

Haid yang berlebihan
Sekiranya pesakit belum menopaus, haid mungkin menjadi berlebihan (menoragia)


Masalah ramb
ut dan kulit
Kulit akan menjadi
kasar, kering dan berkeping-keping serta hampir pucat. Kelopak mata, tangan dan kaki menjadi bengkak. Sesetengah pesakit akan mendapati kulit menjadi kuning manakala salur darah kelihatan ketara pada bahagian pipi dan muka menghasilknan warna keunguan apabila muka menjadi merah. Rambut pula akan menjadi kering dan rapu dan bahagian luar alis mata mungkin hilang.

Gangguan sistem saraf
Pesakit akan mengalami masalah pendengaran dan juga masalah untuk mengimbangi badan. Jika jari jemari berdenyut-denyut, terutamanya pada waktu malam, menggoncang tangan dengan kuat mungkin dapat melegakan keadaan tersebut.


Bagi sesiapa yang mengalami simptom-simptom penyakit ini, anda dinasihatkan merujuk pada doktor dan menjalani ujian darah untuk hormone T3 dan T4.

3 comments:

Anonymous said...

Hi there! I'm at work surfing around your blog from my new iphone 4! Just wanted to say I love reading your blog and look forward to all your posts! Keep up the fantastic work!

Feel free to visit my webpage ... pilates ball

Anonymous said...

great issues altogether, you simply won a brand new reader.
What would you recommend about your put up that you just made a few days ago?

Any sure?

Also visit my web site :: 1994 mazda rx7 for sale

Anonymous said...

I simply could not go away your site prior to suggesting that I extremely enjoyed the standard information a person supply on your guests?
Is going to be back ceaselessly in order to investigate cross-check new posts

Feel free to visit my web site :: 2010 mazda rx 8

Read More

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...