senang...susah?  

Posted by Izzatul Huda

Kerja berdua, kerja bertiga, kerja berkumpulan....senang atau susah?

Sepatutnya senang kan? Tapi macamana kalau kerja berkumpulan, tapi dengan ahli kumpulan yang degil dan malas? Atau......ramai yang berebut nak jadi ketua? Mesti kerja tak jalan juga kan? Kalau ada 3 ketua dalam satu kumpulan, anak buah yang lain nak ikut kata siapa? Jadi, lebih baik mendiamkan diri..gitu? Akhirnya, kerja tak siap-siap juga..... Markah akan dibahagi sama rata juga... ~sekasanya kalau dapat kumpulan macam ni~

Kalau kerja berdua lak, yang sorang ni malas..dan yang sorang ni rajin.. tak jadi juga kan? Hmmmmmm.....benda yang sepatutnya cepat siap, boleh jadi lambat. Yang pemalas ni terus jadi pemalas sebab yang rajin ni terus-terusan buat kerja dengan rajinnya. Dahla malas, lepas tu mengharapkan si rajin ni untuk buat semuanya.. UNFAIR!! Pembuli ke macam tu ek? Yang si rajin ni pula, apa perasaan dia bila partner sendiri buat macam tu? Suruh benda tu, suruh benda ni, arahkan yang itu, arahkan yang ini... bila sampai masa, sendiri lupa, sendiri tak ingat, sendiri ubah tarikh sebab tak sempat (dengan rasa tak bersalah lak tu).. Apa perasaan si rajin ni ek?... BENGANG? GERAM? memang sepatutnya dia rasa macam tu...

Bila keadaan memaksa, seseorang itu boleh 'bertukar' menjadi yang baru, lebih berani dan lantang. Janganlah jadi baik sepanjang masa. Kesabaran manusia ada hadnya. Apabila menerima cabaran dan tekanan, mula-mula kena tahu 'serap'. Barulah tak stress. Tapi keadaanya akan berbeza bila tekanan tu bertambah dan keupayaan 'menyerap' tu dah makin kurang. Lama-lama, boleh meletup!

Sama macam span, boleh menyerap air dengan jayanya. Tapi, sampai tahap tertentu sahaja la sebab air dah memenuhi celah-celah span tu. Yang bezanya, span tak meletup je..hoho
ADIOSS..........

p/s: nasib baik ahli kumpulan saya, AMANITA VEROSA sangat tekun dan rajin. Kitorang sume sangat senang bekerjasama dan cekap.hehe. Thanx girls...^^


Kerana 10sen begitu berharga  

Posted by Izzatul Huda

Kenapa 10sen? Bukan 20sen mahupun 50sen? Ada sebabnya....

Pernah tak anda bertanya kepada diri anda, nilai 10 sen itu? dalam dunia yang serba moden sekarang, kanak-kanak sudah tidak begitu teruja melihat 10sen yang berada di atas lantai ataupun besrsepah-sepah dimana2. Tidak ada rasa untuk mengutipnya dan menyimpan di tempat yang selamat. Sama seperti amalan menabung yang semakin dilupakan. Aku cukup bertuah kerana sejak dari kecil, aku telah dididik untuk menabung. Di sekitar rumah sahaja ada banyak tabung yang pelbagai bentuk dan jenis. Jadi, jika kami menjumpai syiling di sekitar rumah, ke dalam tabung-tabung inilah yang akan kami ‘campakkan’ duit itu.

Aku cukup menghargai syiling. Dan seingat aku, sejak dari kecil sehinggalah ke peringkat universiti, aku sangat-sangat obsess dengan syiling. Pantang ada syiling yang aku jumpa di lantai bilik, mahupun bersepah-sepah dalam beg (sebab aku suka letak duit baki dalam beg begitu sahaja) aku akan ambil dan simpan. Namun begitu, semakin dewasa, aku semakin lupa diri. Aku sudah tidak berapa ambil kisah tentang syiling 10sen. Terutamanya syiling 10sen. 50 sen tetap menjadi rebutan sebab penting untuk cuci pakaian guna mesin basuh.hehe.

10sen kian aku lupakan, sehinggalah satu peristiwa yang berlaku suatu ketika dahulu, yang menuntut aku untuk kembali ‘menggilai’ 10sen. Pada suatu hari, aku ingin membeli sebuah majalah. Di UMT, ada satu kedai buku yang aku selalu pergi untuk dapatkan komik atau majalah-majalah. Jadi, memandangkan ketika itu awal bulan, aku ingin mencari majalah KLiK yang berharga RM4.90. kebetulan ketika itu, ada poster kumpulan TVXQ yang sangat aku gilai. Apa lagi, dengan penuh semangat aku ke kaunter dan ingin membeli majalah itu. Tiba-tiba aku teringat bahawa aku tidak bercadang untuk membeli buku itu dan tentunya aku tidak membawa membawa wang yang cukup.

Jadi, dengan penuh harapan aku memeriksa dompet~ dan aku hanya ada RM4.80 sen sahaja. Aku buntu. Buku di tangan susah untuk dilepaskan. Memang aku nak sangat-sangat buku tu!! (seriously, even sampai sekarang aku masih teringatkan buku tu...T__T). Aku menyelongkar dan menggeledah beg sendiri, tapi duit masih tidak mencukupi.
Dalam kepala aku ketika itu..’10 sen...10sen..10sen...’ saat itu, aku teringat syiling 10sen yang aku temui dalam perjalanan tadi. ‘kenapa la aku tak ambil..’.. Tapi, apakan daya. "NO MONEY, NO TALK" cheh..........=(

Akhirnya, aku akur dengan keadaan aku yang tidak mampu ketika itu. Dengan penuh dukacita, aku letakkan kembali buku itu dan pulang dengan penuh kekecewaan..=(. Aku pun meninggalkan kedai tersebut bersama hati yang lara..........waaa...waaa...

Pengajaran:
  1. rancang pembelian anda
  2. hargai 10 sen..=P

KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN  

Posted by Izzatul Huda

Boleh dikatakan setiap malam, secara puratanya aku mendengar pengumuman sebanyak 10 kali satu hari, atau lebih! Kebiasaanya, pengumuman paling rancak diadakan dalam lingkungan jam 9 ke 10 malam ~ sebab ketika ini banyak perjumpaan sedang diadakan.

Biasanya pengumuman akan berbunyi begini:

"Maaf kerana mengganggu, perhatian kepada semua ahli Kelab *************, anda dikehendaki hadir ke perjumpaan bertempat di parking Blok B1 sekarang juga. KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN"

atau

"Perhatian kepada mahasiswa dan mahasiswi UMT yang mengambil kokurikulum ********, satu perjumpaan akan diadakan di parking Blok B1 pada jam 10 malam. KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN"

Boleh dikatakan untuk setiap pengumuman, ada 3 perkataan 'keramat' itu. KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN. Tapi, sejauh manakah para pelajar sekarang mematuhinya? Ada yang memandang ringan sahaja pengumuman yang dibuat, walaupun berkaitan dengan dirinya.

Jika difikirkan secara logik, perjumpaan yang dilakukan mestilah dirancang terlebih dahulu. barulah pengumuman tersebut dibuat. Tapi, apabila wujudnya pengumuman berbentuk sedemikian, (yang ada 3 perkataan itu), ia seolah-olah menunjukkan bahawa ahli kelab tersebut tidak hadir ke tempat yang sepatutnya...hingga memaksa pengerusi perjumpaan pada malam itu membuat pengumuman.....setuju?

Hmm.......fikir-fikirkanlah~

I Love You  

Posted by Izzatul Huda


I've found this somewhere, so i think this is very interesting to be post in my blog. Enjoy it..^^.

Arab : Uhibbuki (to female); Uhibbuka (to male)

Brazil : Amo te

Cambodian: Bon sro lanh oonn

China : Wo Ai Ni (Mandarin); Moi Oiy Neya (Cantonese)

Inggeris : I Love You

Filipina/Tagalog : Mahal Kita

Hawaiian : Aloha I'a Au Oe

Hindi : Mai tumse pyar karta hoon

Indonesia : Aku cinta sama kamu

Itali : Ti amo; Ti Voglio

Jawa : Aku tresno awakmu

Japan : Aishiteru; anata wa suki desu

Korean : Saraghamnida; Tangsinul sarang

Perancis : Je T'aime

Portugese : Eu Te Amo (pronounced 'eiu chee amu')

Spain : Te Amo; Te Quiero

Taiwanese : Wa Ai Li

Tamil : Naan Unnai Kadalikiren

Thailand : Pom Rak Kun (to female); Ch'an Rak Kun (to male)

Hahahaha...having fun? Well, the pronounciation is not really important actually, the real thing must come from inside, deep in heart, seikhlas hati...^^

5 Oktober  

Posted by Izzatul Huda

DEMAM.SELSEMA.
Permulaan yang agak tidak memberangsangkan kerana aku kepenatan. Namun begitu, bulan Oktober bermula dengan agak baik. Alhamdulillah, setakat ini aku telah berjaya menyelesaikan dan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik. Terima kasih juga buat teman-teman yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan serta memberi kerjasama penuh dalam melaksanakan misi-misi ini.

Dalam kesibukan, aku tetap tidak melupakan tugas hakiki aku selaku pelajar. Pembahagian dan pengurusan masa perlu dirancang. Biarlah segalanya well-planned, agar hidup aku tidak kelam kabut. Dan yang penting, patuhi apa yang telah ditetapkan. Report, assignment dan pembentangan telah berjaya disiapkan dengan baik. Alhamdulillah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sentiasa memberikan kerjasama penuh dalam menyelesaikan tugasan ini. Tanpa kalian, kerja ini takkan takkan dapat dilaksanakan.

3 Oktober, merupakan hari yang sangat sibuk bagi aku. 9 pagi hingga 12.30 malam. Pengorbanan masa, tenaga dan perasaan. Walaupun terpaksa berkejar ke sana ke mari dari kampus ke 'rumah kedua', aku gagahkan diri. Apa yan pasti, hari ini cukup menyeronokkan! Terima kasih buat Puan Rozita yang sudi menjamu kami yang 'nakal' ini. Walaupun sedikit kelam kabut, ia merupakan hari yang cukup mengujakan dan memuaskan. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang sudi meminjamkan kenderaan bagi memudahkan pergerakan aku. Jasa kalian amat-amat dihargai. Kepada rakan-rakan yang disayangi, family DEMI sekalian. Harapnya ukhuwah yang kita jalinkan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya. Amin.

tiba2 terasa seperti ingin membebel sedikit...hmmmmm...

Manusia.....Melayu...... pelbagai ragam dan perangai yang ditonjolkan. Aku paling benci pada orang yang mencari beribu alasan untuk mengelak. Cukup BENCI. Sudahlah jelas sendiri yang bersalah, tetapi masih menuding jari ke arah yang orang lain untuk menyelamatkan diri. Kali ini, aku tidak akan terpedaya dan aku tidak akan melayan golongan ini. Tidak tahu menghormati dan menghargai. Tidak perlulah anda membodek atau bermain kata menyelamatkan diri. Cukuplah dengan alasan. Seandainya kalian benar-benar mahu, anda mampu!

Kali ini, aku akan bertegas. Tidak perlulah mencipta beribu-ribu alasan menyelamatkan diri. Aku tidak akan terpedaya. Jangan ingat kebaikan yang kami tonjolkan menunjukkan kami ini lemah dan rapuh. TIDAK SAMA SEKALI. Jangan cuba bermain api, takut nanti terbakar diri. Jangan hanya tahu mengelak dan mengelat. Kami tahu permainan anda dan jangan lupa bahawa kami jauh lebih hebat 'bermain' dari anda. Jika tidak mahu kalah, jangan berani mencabar.

ok..dah puas=P

lama tak post  

Posted by Izzatul Huda

Assalamualaikum...hmm..nampaknya sudah lama saya tak menjenguk blog dan post benda2 baru. Maklumlah, agak sibuk dengan bermacam2 perkara. Final Year Project terutamanya... dan tidak lupa juga Aidilfitri yang masih hangat lagi...~
Kalau nk dibandingkan dengan bulan Ogos ~yg sgt byk post~, bulan September sangat hambar~..maaf ya. Kekangan masa.. Insyaallah, Oktober nnti saya akan kembali dengan input2 baru dan informasi terkini mengenai diri saya, hal2 pelajaran, projek, kawan2..dan macam2 lagi lah..^^

Hari ni dah kembali ke Dungun setelah berhari raya di kampung di Setiu dan Jerteh. Esok, plan nak buat biskut raya lak..hihi. Oklah, jumpa lain kali..^^

~busy mode~  

Posted by Izzatul Huda

Menjengah ke luar tingkap,
Hujan turun dengan lebatnya,
Aku keseorangan di sini,
Menanti crude extract yang semakin lama semakin memenatkan aku.
Aihhhh~ apalah nasib.

Tapi tak mengapa,
Jangan mengeluh, jangan putus asa.
Demi masa depan, demi kejayaan, aku perlu berusaha.
Kena SABAR, CEKALkan hati, KUATkan semangat.
InsyaALLAH, hasilnya nanti menggembirakan.

Hmm..Ron baru sahaja melambai hendak pulang,
Aku?
Ditinggalkan.....
Bosan la sorang-sorang.
Nak pergi Makmal Belangkas la lepas ni,
mencari teman untuk berbicara,
Mencari 'mangsa' atau menjadi 'mangsa'..
mana-mana je lah...haha

Ok, crude extract macam siap je,
Alhamdulillah...
nk pergi timbang, lepas tu simpan.
Then, boleh balik...hihihi